topbella

Thursday, 27 January 2011

Wanita solehah

Assalamualaikum...


seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah....
ayat nie cukup memberi kesan kepada kita sebagai seorang wanita..semua wanita nak kelihatan cantik,indah n segala-segalanye...tu yang smpai ade berbelanja lebih untuk kecantikan...xpasal-pasal  membazir...kan xpatut...hehehe...tapi ingat kecantikan seseorang tu bkn pada rupa sahaja......ok.


Alhamdulilah
Dengan kedatangan Islam....Wanita dipelihara maruah dan kesuciannye...oleh itu untuk menjadi wanita solehah......tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t...Wanita hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :


1. Taat kepada Allah dan RasulNya
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat.
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
- Berbuat baik kepada ibu & bapa.
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.
- Bersikap baik terhadap tetangga.
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami.
- Sentiasa menyenangkan suami.
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga.



Hanya dgn 2 syarat ini wanita boleh digelar Wanita Solehah....

*bagi yang belum kahwin....hendak ler Taat kepada kedua ibubapa..
*kecantikkan seseorang itu ada pada Akhlaknye..
*berusaha mendapat rahmat Allah..
*bnyk-bnykn berdoa...semoga dip'mudahkan Allah...(amin)


wassalam

No comments:

I love ISLAM.