topbella

Tuesday, 10 May 2011

Tawakal Si Anak kecil

Assalamualaikum...
Mood nak cite....^_^
Alhamdulillah, hari ini saya nak kongsi apa yang saya baca dalam Buku Kisah Benar.

Kisah ini mengisahkan seorang ahli tasawwuf yang besar dari negara Mesir. Beliau adalah Abu Faidh Thauban atau dikenali dengan nama Zunnun Al-Mishri.

Pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan, Dan untuk menyara hidupnya dengan anaknya perempuanya yang masih kecil. Zunnum menebarkan jaringnya, tidak berapa lama kemudian jaring itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anaknya yang ikut turu ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir. Apabila Zunnun menghulurkan tangannya untuk mengambil ikan yang disangkakan rezekinya itu, tiba-tiba anaknya menghalannya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan itu dan dicampakkannya ke laut semula.
Zunnun xdapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya dapat melihat dengan penuh kehairanan.
"Mengapa kau mebuang rezeki yang sudah kita perolehi?" Tanya Zunnun kepada anaknya.

Anaknya menjawab: "saya xrela makan makhluk yang berzikir kepada Allah."

Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu, kerana setiap ikan yang baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak.

"Apa yang hendak kita buat?" tanya zunnun lagi.

Anaknya menjawab:"Kita bertawakal kepada Allah semoga Dia memberi kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada Allah."

Mereka tidak meneruskan kerja mereka sebagai penangkap ikan dan mereka mencari kerja lain sambil bertawakal kepada Allah. Hari sudah petang, mereka masih belum juga mendapat rezeki untuk dimakan sedangkan perut mereka sudah mula lapar.

Apabila waktu isya' masuk, tiba-tiba Allah menurunkan hidangan dari langit yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan. Maka makanlah mereka dari rezeki itu. Keadaan itu berterusan lebih kurang  12 tahun. MasyaAllah


Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah yang sangat istimewa ini adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadat kepada Allah.

Setelah kematian anaknya, tiada hidangan dari langit turun kepadanya. Kini Zunnun menyedari bahawa kurnia Allah yang turun kepada mereka bukan disebabkan kerana kerajinannya beribadatnya, tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuanya yang sudah meninggal dunia.


"setelah kamu berusaha dan berazam. Tawakallah kepada Allah." biasakan dengar perkataan ini...fikirkan...

wassalam...

2 comments:

Farhan Zulhusmi said...

MasyaAllah...
Thanz share...
kita sama2 tawakal apa yang kita lakukan ye..
InsyaAllah...amin......

~MoNika~ said...

MasyaAllah. Bagus Angah. cite ni best. Lepas nih, kita semua mesti kene bertawakal kpd-Nya :)

I love ISLAM.